haiwan juga memerlukan perlindungan, perhatian dan kebajikan dari kita

Followers

Sabtu, 28 Disember 2013

penyakit batu karang pada haiwan kesayangan anda?


penyakit batu karang @ LUTD ialah antara kes yang popular di klinik saya...mostly
 dapat diselamatkan tapi ada juga 1 2 kes yang tak sempat selamat sebab owner
 lambat bawa ke klinik...jadi jelas yang ramai lagi pencinta haiwan kesayangan 
di luar sana yang masih lagi tidak tahu atau maklum tentang penyakit ini...
mungkin salah satu sebabnya ialah LUTD mempunyai kadar 50 hingga 70 peratus
 daripada berulang. .siap ada yang boleh gelak lagi...rata-rata seakan-akan
 tak percaya yang penyakit batu karang ni boleh berlaku pada haiwan...
isyh isyh isyh...percayalah ye, memang berlaku...

mula-mula jom kita kenali dan faham dulu tentang penyakit ini..
LUTD ialah bermaksud kesukaran untuk kencing, dalam ayat yang mudah untuk
 difahami. kalau kita perasan mereka akan mengambil masa yang lama sangat 
untuk kencing dan kerap..lepas tu mengiau-ngiau tapi ada juga yang senyapkan diri je
selain itu, mereka juga sentiasa menjilat-jilat tempat tersebut....tanda tidak selesa
jika kita memahami mereka, memang sakit bila menghadapi situasi ini...jadi sebab tu lah
 kita seharusnya peka terhadap perubahan mereka...kena bawa ke klinik secepat
 mungkin...bila tanda-tanda awal dapat dikesan lagi mudah untuk buat rawatan
 dan akan sembuh seperti sedia kala...lagipun kos rawatan pun tak akan mahal.

jadi, lebih baik kita mencegah dahulu sebelum kena.
antaranya ialah 
1) elakkan bagi mereka makan makanan yang mengandungi banyak garam contohnya
 makanan yang dijual di supermarket...sebab makanan yang berkualiti ialah makanan
 yang dijual di klinik veterinar/haiwan sahaja. saya syorkan makanan yang terbaik
 ialah royal canin, science plan,dll 
2) bagi minum air yang banyak dan pastikan bersih
3) untuk kucing yang telah dikasi pastikan mereka aktif sebab kategori yang banyak
 kena ialah yang telah dikasi dan obesiti ( jantan mudah terkena )

p/s: sama-samalah kita menjaga kebajikan mereka...mereka juga berhak mendapat perlindungan, perhatian dan kebajikan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan