pernahkah kita tengok haiwan kesayangan kita seperti kucing, anjing dll
menggaru telinga dengan kerap malah menyebabkan pendarahan di telinga.
tentu kita akan menjadi risau kan...? ye, kita perlu bertindak segera
sebelum menjadi semakin parah. jangan terkejut kerana masalah telinga
boleh menyebabkab kematian....isyh isyh isyh...
ekoran dari bayak kes ini saya terfikir untuk membuat satu risalah yang
ringkas untuk tatapan para pelanggan di klinik...jadi sekali lagi saya
terpanggil untuk dimuatkan juga disini...hehehe
jom kenali dulu mite...
antara tanda klinikal pada haiwan kesayangan ialah:
- menggaru telinga
- dark, waxy ( kehitaman )
- tidak seaktif dan kurang selera makan seperti biasa
diagnosis:
- mata kasar tak boleh nampak kutu ni so kena obserce
bawah mikroskop,
akan nampak dengan jelas mereka merayap/berjalan
dalam telinga
cara rawatan yang boleh dilakukan ialah:
- bawa ke klinik veterinar
- biasanya banyak jenis vet akan syorkan tapi,
bagi saya dah biasa guna untuk pelanggan di klinik
ialah ubat bernama Oridermyl Drop
tapi, pape pun mencegah adalah lebih baik dari merawat.
langkahnya ialah rajin-rajin lah kita sapu telinga haiwan kesayangan kita..
2@3x seminggu pun dah cukup
"kebajikan mereka kebajikan kita"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan