haiwan juga memerlukan perlindungan, perhatian dan kebajikan dari kita

Followers

Isnin, 30 Disember 2013

pemandulan/pengkasian haiwan kesayangan

ramai yang tertanya-tanya adakah pemandulan/pengkasian kucing dan anjing boleh dilakukan...? jawapannya ialah Ya! banyak kelebihan dari keburukan yang dapat kita ketahui. di klinik hampir setiap hari saya terima kes untuk kasikan haiwan kesayangan mereka setelah menyedari hakikat ini..

kebaikan
 haiwan kesayangan akan
1) menjadi semakin gemuk dan comel
2) makin berselera 
3) kurang merayau keluar rumah
4) lebih setia dan manja dengan pemilik
5) mencegah dari penyakit kanser
6) tidak memancut di dalam rumah- tapi memerlukan masa bagi yang telah terbiasa sebelum kasi dibuat
7) mengurangkan populasi haiwan terbiar 

keburukan
haiwan kesayangan akan
1) obesiti
2) malas nak bermain/ kurang aktif
3) kebiasannya untuk mendapat kes batu karang jika tidak dikawal dengan baik-bagi jantan

jadi, jom sama-sama bekerjasama dengan pihak Veterinar dalam program mencegah haiwan terbiar..langkahnya mudah sahaja...hanya hantar haiwan kesayangan ke Klinik Veterinar samada kerajaan atau swsta...dengan saya pun boleh. murah je bayarannya.

"sama-samalah kita menjaga kebajikan mereka"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan