haiwan juga memerlukan perlindungan, perhatian dan kebajikan dari kita

Followers

Isnin, 30 Disember 2013

pemandulan/pengkasian haiwan kesayangan

ramai yang tertanya-tanya adakah pemandulan/pengkasian kucing dan anjing boleh dilakukan...? jawapannya ialah Ya! banyak kelebihan dari keburukan yang dapat kita ketahui. di klinik hampir setiap hari saya terima kes untuk kasikan haiwan kesayangan mereka setelah menyedari hakikat ini..

kebaikan
 haiwan kesayangan akan
1) menjadi semakin gemuk dan comel
2) makin berselera 
3) kurang merayau keluar rumah
4) lebih setia dan manja dengan pemilik
5) mencegah dari penyakit kanser
6) tidak memancut di dalam rumah- tapi memerlukan masa bagi yang telah terbiasa sebelum kasi dibuat
7) mengurangkan populasi haiwan terbiar 

keburukan
haiwan kesayangan akan
1) obesiti
2) malas nak bermain/ kurang aktif
3) kebiasannya untuk mendapat kes batu karang jika tidak dikawal dengan baik-bagi jantan

jadi, jom sama-sama bekerjasama dengan pihak Veterinar dalam program mencegah haiwan terbiar..langkahnya mudah sahaja...hanya hantar haiwan kesayangan ke Klinik Veterinar samada kerajaan atau swsta...dengan saya pun boleh. murah je bayarannya.

"sama-samalah kita menjaga kebajikan mereka"

Sabtu, 28 Disember 2013

penyakit batu karang pada haiwan kesayangan anda?


penyakit batu karang @ LUTD ialah antara kes yang popular di klinik saya...mostly
 dapat diselamatkan tapi ada juga 1 2 kes yang tak sempat selamat sebab owner
 lambat bawa ke klinik...jadi jelas yang ramai lagi pencinta haiwan kesayangan 
di luar sana yang masih lagi tidak tahu atau maklum tentang penyakit ini...
mungkin salah satu sebabnya ialah LUTD mempunyai kadar 50 hingga 70 peratus
 daripada berulang. .siap ada yang boleh gelak lagi...rata-rata seakan-akan
 tak percaya yang penyakit batu karang ni boleh berlaku pada haiwan...
isyh isyh isyh...percayalah ye, memang berlaku...

mula-mula jom kita kenali dan faham dulu tentang penyakit ini..
LUTD ialah bermaksud kesukaran untuk kencing, dalam ayat yang mudah untuk
 difahami. kalau kita perasan mereka akan mengambil masa yang lama sangat 
untuk kencing dan kerap..lepas tu mengiau-ngiau tapi ada juga yang senyapkan diri je
selain itu, mereka juga sentiasa menjilat-jilat tempat tersebut....tanda tidak selesa
jika kita memahami mereka, memang sakit bila menghadapi situasi ini...jadi sebab tu lah
 kita seharusnya peka terhadap perubahan mereka...kena bawa ke klinik secepat
 mungkin...bila tanda-tanda awal dapat dikesan lagi mudah untuk buat rawatan
 dan akan sembuh seperti sedia kala...lagipun kos rawatan pun tak akan mahal.

jadi, lebih baik kita mencegah dahulu sebelum kena.
antaranya ialah 
1) elakkan bagi mereka makan makanan yang mengandungi banyak garam contohnya
 makanan yang dijual di supermarket...sebab makanan yang berkualiti ialah makanan
 yang dijual di klinik veterinar/haiwan sahaja. saya syorkan makanan yang terbaik
 ialah royal canin, science plan,dll 
2) bagi minum air yang banyak dan pastikan bersih
3) untuk kucing yang telah dikasi pastikan mereka aktif sebab kategori yang banyak
 kena ialah yang telah dikasi dan obesiti ( jantan mudah terkena )

p/s: sama-samalah kita menjaga kebajikan mereka...mereka juga berhak mendapat perlindungan, perhatian dan kebajikan anda.

Jumaat, 27 Disember 2013

Ear Mite ( Tungau Telinga )


pernahkah kita tengok haiwan kesayangan kita seperti kucing, anjing dll
 menggaru telinga dengan kerap malah menyebabkan pendarahan di telinga. 
tentu kita akan menjadi risau kan...? ye, kita perlu bertindak segera 
sebelum menjadi semakin parah. jangan terkejut kerana masalah telinga
 boleh menyebabkab kematian....isyh isyh isyh...

ekoran dari bayak kes ini saya terfikir untuk membuat satu risalah yang
 ringkas untuk tatapan para pelanggan di klinik...jadi sekali lagi saya 
terpanggil untuk dimuatkan juga disini...hehehe


jom kenali dulu mite...
antara tanda klinikal pada haiwan kesayangan ialah:
- menggaru telinga
- dark, waxy ( kehitaman )
- tidak seaktif dan kurang selera makan seperti biasa

diagnosis:
- mata kasar tak boleh nampak kutu ni so kena obserce 
bawah mikroskop,
akan nampak dengan jelas mereka merayap/berjalan
 dalam telinga




cara rawatan yang boleh dilakukan ialah:
- bawa ke klinik veterinar
- biasanya banyak jenis vet akan syorkan tapi,
bagi saya dah biasa guna untuk pelanggan di klinik
ialah ubat bernama Oridermyl Drop 

tapi, pape pun mencegah adalah lebih baik dari merawat.
langkahnya ialah rajin-rajin lah kita sapu telinga haiwan kesayangan kita..
2@3x seminggu pun dah cukup

"kebajikan mereka kebajikan kita"



Program kesihatan anjing

umur                   pemakanan                         program kesihatan

1bulan                - susu anjing                        - ubat cacing
                          - puppyfood                       - calcium syrup
                                                                     - vitamin (jika perlu)

2bulan               - susu anjing                         - vaksin kali pertama
                         - puppyfood                        - heartgard
                                                                     - calcium syrup
                                                                     - vitamin (jika perlu)

3bulan              - puppyfood                        - vaksin kali kedua
                                                                    - ubat cacing
                                                                    - heartgard

4bulan              - puppyfood                        - vaksin kali ketiga
                                                                    - ubat cacing
                                                                    -  heartgard

6bulan             - adultfood                           - vitamin (jika perlu)
dan ke atas                                                   - pemandulan

program kesihatan kucing

umur              pemakanan         program kesihatan
1-2bulan       - susu kucing      - ubat cacing
                     - babycat           - vitamin (jika perlu)

2bulan           - kitten              - vaksin kali pertama
                                             - ubat cacing
                                             - vitamin (jika perlu)

3bulan          - kitten               - vaksin kali kedua
                                             - ubat cacing
                                             - vitamin (jika perlu)

4bulan          - kitten               - vaksin kali ketiga
                                             - ubat cacing
                                             - vitamin (jika perlu)

6 bulan         - adult                - vitamin (jika perlu)
dan ke atas                            - pemandulan (jika perlu)

Sabtu, 14 Disember 2013

baka kucing kesayangan NABI MUHAMMAD S.A.W


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Tiba-tiba teringat masa kije kat klinik dulu, ada seorang customer
 bertanyakan tentang kucing kesayangan Nabi kepada ummi. Nasib baik ummi dah pun ada sedikit maklumat tentang jenis baka kucing tersebut. Mungkin elok rasanya ummi kongsikan di sini jugak..lihatlah entry di bawah ni ye....:)

Baka kucing kesayangan Nabi Muhammad S.A.W
Hetero Chroma/Turkish Angora


Kucing hetero chromia dari baka Turkish Angora adalah dianggap sebagai 
warisan negara. Kerajaan Turki sejak 1817 secara aktif membiakkan
 kucing Angora hetero chromia di Zoo Ankara bagi memastikan ianya tidak pupus.
 Kucing hetero chromia yang matanya bewarna hijau dan emas adalah yang paling beharga. 
Ini adalah kerana menurut kepercayaan tradisi Turki , kucing milik 
Nabi Muhammad S.A.W bernama Muezza adalah seekor Turkish 
Angora yang mempunya mata sebegini. 

Kucing tersebut yang mempunyai mata dengan dua warna berbeza 
selalunya boleh dijumpai pada baka kucing Turkish Van, Turkish Angora,
 Sphynx, Persian, Oriental Shorthair dan Japanese Bobtail. Ianya juga 
berlaku pada kucing bewarna putih dari baka di atas. Sungguhpun begitu 
kucing hetero chromia bewarna lain juga wujud tetapi ia jarang berlaku.



Wallahualam....

Khamis, 12 Disember 2013

Good News :):):)


Alhamdulillah, walid hantar gambar Muhammad Adeeb yg terbaru...die dah boleh duduk dengan tegap dan dengan sendiri tanpa support kat belakang. Happy sangat2...walaupun hanya tengok kat gambar je itu pun dah cukup buat hati happy. Dah 9bulan umurnya.